~~ 16 May ......

hye guys, rase nyer xterlambat Lagi aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru2 di MaLaysia terutamanya cikgu2 yg pernah mengajar & mendidik aku dengan penuh sabar sehingga aku berada dimana aku berada sekarang.. TERIMA KASIH CIKGU

GURU OH GURU !!

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

hye guys ~~

hmmm...sgt2 lame aku menyepi dr berblogging ni kan ??
banyak sgt yg perlu aku lakukan lately..hidop ku yg agak kucar-kacir, masalah dtg bertimpa-timpa..huhuhu..tiada sapa yg tau..hanya DIA sahaja..
forget about it ya..

Now aku akan kembali berblogging..
bercerita tentang ape yg berlaku dalam hidup & pae saje yg aku nak tulis..huhu..
tunggu ye kawan2...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...